header
AKTIVITI EKONOMI
AKTIVITI SOSIO-EKONOMI
AKTIVITI SOSIAL

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELADANG & INSENTIF PENGELUARAN PADI KERAJAAN PERSEKUTUAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELADANG & INSENTIF PENGELUARAN PADI KERAJAAN PERSEKUTUAN PERINGKAT NEGERI JOHOR
 
Majlis Penyampaian Anugerah Peladang & Insentif Pengeluaran Padi Kerajaan Persekutuan Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Muar pada 26 Mac 2013.
 
 
Dari kiri : Tuan Haji Ali bin Shikh Ahmad (AJP PPNJ), Encik Shammodin bin Abd Halim (Pengarah LPP Johor), Y.H.Dato’ Haji Saipolbahari, Encik Ab Rahman bin Ismail (Pengurus Besar NAFAS) dan Tuan Haji Rusmin bin Juwahir (Pengurus Besar PPNJ).
 
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.H.Dato’ Haji Saipolbahari bin Haji Suib, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ).
 
RAMAI… Hadirin tekun mendengar ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi NAFAS.
 
 
 
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Johor Encik Shammodin bin Abd Halim, Pengurus Besar NAFAS Encik Ab Rahman bin Ismail, Barisan AJP PPNJ, Pengurus Besar PPNJ Tuan Haji Rusmin bin Juwahir serta jemputan lain. Kehadiran dijangka seramai 400 orang meliputi wakil Pertubuhan Peladang Kawasan
 
seluruh negeri Johor.
 
 
 
 
Antara produk yang dipamerkan
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Pengarah LPP Johor. Seterusnya ucapan dari Y.H.Dato’ Haji Saipolbahari berkisar pada tajuk majlis dan penyampaian Anugerah Peladang & Insentif Pengeluaran Padi peringkat Negeri Johor diakhir majlis tersebut.   
 
 

   

 

 Tajuk Berita Lain 
Lihat Semua beritalist.php?pid=161  Pertama Sebelum   1 2 3 4 5 6 7 8 9 of  9  Berikut Akhir  

footer
 
Laman web ini sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3++, Google Chrome & IE7 ke atas 
Terma & Syarat|  Dasar Privasi |  Dasar KeselamatanPenafian