header
AKTIVITI EKONOMI
AKTIVITI SOSIO-EKONOMI
AKTIVITI SOSIAL

   
  • 1 PPNJ
    PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR
  • 1 Polisi Kualiti
    Pertubuhan Peladang Negeri Johor
spacer

Selamat Datang Ke Pertubuhan Peladang Negeri Johor  

Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah ditubuhkan pada 7 Julai 1971 di bawah Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Tujuan utama penubuhan PPNJ ialah untuk  meninggikan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan, dan membaiki cara hidup ahli-ahli, serta mengujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan bersatu-padu.

 

Pada tahun 1991, merupakan detik penting dalam perjalanan PPNJ selama 20 tahun  apabila diisytiharkan sebagai sebuah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) berdikari. Pencapaian cemerlang PPNJ terus mendapat pengiktirafan dan menjadi contoh terbilang dikalangan PP yang lain seluruh negara. 

 

Kegiatan utama PPNJ didalam bidang perladangan kelapa sawit diperluaskan kepada aktiviti perundingan perladangan dan penyelidikan . Kegiatan terancang ini digarap untuk menghasilkan produk kumpulan yang boleh memenuhi keperluan seluruh pengguna produk perladangan. Begitu juga dengan perkhidmatan perkilangan yang semakin hari semakin kukuh melalui pembinaan kilang-kilang milik PPNJ mahupun kilang-kilang milik PPN yang lain.  Kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan PPN yang lain menyakinkan PPNJ bahawa produk ini boleh menjangkau lebih jauh lagi. 

 

Aktiviti-aktiviti sokongan lain seperti aktiviti sosio ekonomi dan sosial termasuk pemasaran, kredit, latihan, perniagaantani, pengangkutan dan lain-lain saling melengkapi tentang  peranan utama PPNJ di dalam  memastikan ahli-ahli (Pertubuhan Peladang  Kawasan – PPK)  terus mendapat sokongan dan bimbingan penuh daripada induk.

 

Pada tahun 2013 PPNJ terus melebarkan operasi dan aktiviti agar selari dengan RMK-10 merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dari aspek ekonomi, pembangunan sosial yang seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.

 

Kejayaan cemerlang PPNJ perlu diperluaskan  bagi memastikan PPNJ di landasan kecemerlangan yang berterusan. 


  Baca Lanjutan



 
Majlis Penyerahan Kilang Jus Nanas
2013 - Kilang Jus Nanas Machap Air Hitam
(10 pictures)
 
Perhimpunan Anggota PPNJ 2013 Bil 1.2013
2013 - Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Johor Bahru
(6 pictures)
 
Lawatan Pelajar UTM Skudai ke LBTPJ (21.04.2010)
2010 -
(3 pictures)

 

 
PengumumanPengumuman
s
 
PengumumanPautan
 
webinfo
 
User Online
4
spacer
Page Hits
live stats
spacer
Your IP address:  54.211.231.221
spacer
 Tarikh kemaskini :
2014-04-16 16:09:23
 

 

footer
 
Laman web ini sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3++, Google Chrome & IE7 ke atas 
Terma & Syarat|  Dasar Privasi |  Dasar KeselamatanPenafian